+609 553 5555       pps@unipsas.edu.my

SOALAN LAZIM

1) Bilakah tempoh/tarikh pengambilan dibuka dalam setahun?

Penyelidikan – 2 pengambilan : Jun & Disember

Kerja Kursus – 3 pengambilan : Februari, Jun & Disember

2) Bagaimanakah cara untuk memohon kursus pascasiswazah?

 Permohonan boleh dibuat melalui portal: portal.unipsas.edu.my

3) Bolehkah saya memohon secara manual?

Permohonan boleh dilakukan secara manual dengan membawa salinan dokumen yang lengkap.

4) Berapakah yuran pendaftaran?

 Yuran pendaftaran adalah RM500 untuk semua kursus.

5) Perlukah saya menghantar salinan permohonan ke pejabat PPS selepas pendaftaran atas talian?

 Tidak perlu menghantar salinan fizikal ke pejabat. Semua proses permohonan dilakukan secara atas talian.

6) Di manakah saya boleh mendapatkan senarai program?

 Di laman web kami, pada halaman program. Disertakan sekali dengan syarat kelayakan bagi setiap program.

7) Saya sedang berada di semester akhir pengajian ijazah sarjana muda. Bolehkah saya memohon untuk melanjutkan pengajian pascasiswazah di UnIPSAS?

 Ya, anda boleh memohon. Sila sertakan transkrip terkini yang telah disahkan oleh dekan.

8) Bilakah waktu kelas bagi kursus kerja kursus?

Kelas bagi kursus kerja kursus (coursework) hanya diadakan pada hujung minggu sahaja.

9) Adakah UnIPSAS menawarkan mod pengajian sepenuh masa dan separuh masa?

Ya, UnIPSAS ada menawarkan mod pengajian sepenuh masa dan separuh masa bagi beberapa kursus.

 

  • PhD Pengajian Islam (penyelidikan)
  • Sarjana Pengajian Islam (kerja kursus)
  • Diploma Pascasiswazah Guaman Syarie & Kehakiman
    10) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan penyelia penyelidikan?

     Melalui laman web kami, boleh merujuk di halaman direktori pakar.

    11) Bolehkah saya menangguhkan kemasukan ke pengambilan seterusnya?

     Ya, surat tawaran adalah sah untuk dua pengambilan.

    Loading...