PENGENALAN
PENDAHULUAN
Pusat Pengurusan Siswazah (PPS) ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan siswazah bagi program pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Pusat ini diletakkan di bawah tanggungjawab Pengarah.
FUNGSI
- Bekerjasama dengan fakulti pengajian dalam membangunkan program pengajian pasca siswazah yang berkualiti dan berdaya saing.
- Mewujudkan dan melaksanakan garis panduan dan peraturan dalam memastikan kualiti program pengajian siswazah memenuhi piawaian dalaman dan luaran.
- Menyelaras aktiviti pengajian siswazah yang merangkumi proses-proses berikut:
- Promosi
- Kemasukan
- Pendaftaran
- Peperiksaan/pentaksiran
- Pengijazahan
- Merancang, menyelaras dan mengatur keperluan pembelajaran pasca siswazah termasuk latihan dan bimbingan.
- Mentadbir dan mengurus maklumat dan rekod akademik pelajar selaras dengan keperluan universiti.
Merancang dan melaksanakan penilaian berkala ke atas program pengajian, peraturan dan garis panduan berkaitan pengajian pasca siswazah.