VISI | MISI | OBJEKTIF
VISI
Menjadi Pusat Pengurusan Pascasiswazah yang cemerlang dan bertaraf global dari aspek penerokaan ilmu, kemahiran penyelidikan dan kemampanan jaringan kerjasama luar selari dengan hala tuju UnIPSAS.
MISI
Melestari pengurusan pascasiswazah yang berkualiti, efektif dan profesional bagi melahirkan graduan pascasiswazah multi disiplin yang berimpak tinggi serta mampu memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pembangunan ilmu dan kemajuan negara.
OBJEKTIF
- Melahirkan graduan pasca siswazah multidisiplin yang berkualiti, bermotivasi, beretika, berdaya saing serta memahami aspirasi dan wawasan negara.
- Memperkasa pengetahuan dan kemahiran penyelidikan graduan pascasiswazah melalui latihan dan bimbingan penyelidikan yang efektif serta rundingan akademik yang berintegriti.
- Meningkatkan kualiti pendidikan dan kesarjanaan graduan pascasiswazah melalui peraturan dan garis panduan yang sesuai.
- Meneroka dan membentuk rangkaian jaringan kerjasama dengan pihak institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan pihak industri dalam dan luar negara melalui program penyeliaan bersama, projek penyelidikan, pelaksanaan seminar serta inisiatif tajaan dan biasiswa.
- Merancang dan melaksana program baharu pascasiswazah berasaskan kajian pasaran yang efektif, keperluan arus perdana pendidikan negara serta kerjasama erat dengan bahagian penyelidikan UnIPSAS dan fakulti-fakulti pengajian UnIPSAS.
SLOGAN
“ PENYELIDIKAN BERKUALTI PEMACU KECEMERLANGAN ”